Saturday, January 3, 2009

Aura KARTUN...


Antara novel, cerpen, sajak dan kartun...pada hemat saya, KARTUN mempunyai aura yang lebih kuat. Kartun sama ada "bisu" atau "bersuara", mampu membuat orang berfikir dengan pantas dan lebih kritis. Kerana itulah saya lebih suka memilih kartun sebagai wadah untuk "bercerita" (Dalam Blog "SOS" - http://www.yomogun.blogspot.com).

Kartun di atas (karya saya sendiri) misalnya, walaupun nampak ringkas tetapi membawa "cerita" yang banyak, bergantung kepada kemampuan dan pengetahuan sedia ada pembaca tentang isu berkaitan. Kartunis seperti Lat dan Zunar merupakan antara kartunis di negara ini yang mampu mengutarakan isu-isu nasional dengan begitu berkesan. Antara mereka, saya pilih Lat sebagai No.1. Tapi kartunis paling berjasa kepada saya ialah "Pak Jab" (Rejabhad) kerana beliaulah yang mengajar dan memotivasi saya jadi kartunis. Di Sabah, saya minat langkawit dan Kenon (bukan nama sebenar). Mereka juga berupaya membuat orang berfikir sambil ketawa/senyum...

Kartunis boleh jadi jutawan macam Ujang dan sebagainya. Kartun boleh cari makan. Cuma, setakat ini saya belum cari makan dari kartun...

INILAH ATARA AURA KARTUN...

No comments: