Wednesday, December 3, 2008

BAGAIMANA MEMULAKAN LANGKAH JADI PENULIS

Seseorang yang mengelar dirinya "Dewimarudu" bertanya: Bagaiman memulakan karier sebagai penulis?

Jawapan: hendaklah benar-benar berminat dan belajar melalui pembacaan atau mengikuti bengkel atau melalui bimbingan (misalnya yang saya wujudkan dalam laman blog ini). Kemudian, cubalah tulis apa sahaja. Sebagai permulaan, biarlah yang ringan-ringan dulu. Kemudian mesti berani mencuba menghantar karya ke akhbar atau majalah. Jangan putus asa jika karya anda tidak disiarkan. Cuba dan terus mencuba sambil terus belajar dari kegagalan atau kelemahan. Inilah yang saya praktikkan. - Editor SK.

No comments: