Wednesday, December 10, 2008

PERLUKAH GURU UNTUK MENJADI PENULIS?

Jawapan kepada pertanyaan di atas ialah : SANGAT PERLU, jika anda ingin menjadi penulis yang bagus. Bagus maksud saya mampu menulis dengan berkesan. Berkesan maksud saya, dapat meyakinkan orang dan seterusnya merubah minda orang.

sebenarnya setiap kita sudah ada guru. Guru Bahasa Malaysia/Inggeris/Cina/India kita di sekolah sudahpun mengajar kita cara menulis yang baik. Menulis karangan itu satu latihan menjadi penulis. Kalau mahu lebih berketrmpilan, kenalah banyak membaca tulisaan orang-orang yang terkenal. Saya sejak kecil sudah baca teks orang dewasa. Belum pun masuk sekolah menengah, saya sudah habis baca buku-buku kakak dan jiran-jiran saya yang belajar di tingkatan enam. Dengan membaca, kita bukan setakat dapat info tetapi juga kemahiran menulis yang baik. Cara berhujah dalam tulisan. Cara memberi contoh. Dan macam-macam cara lagi.

Jadi, kalau anda ingin cemerlang dalam penulisan, rajin-rajinlah berguru. Rajin-rajinlah baca buku. Dan...rajin-rajinlah menulis. InsyaAllah...kemahiran anda akan bertambah baik dari hari ke hari.

No comments: