Saturday, December 6, 2008

PENULIS BOLEH KAYA?

Di Malaysia, tidak ramai penulis jadi kaya raya. Kalau pun ada, masyarakat semacam tidak percaya kekayaannya datang melalui aktiviti penulisan. Jadi tidak hairan jika sangat jarang kanak-kanak akan berkata: "cita-cita saya jadi penulis". Berbeza dengan di barat atau Eropah. Di negara maju, penulis boleh kaya. Kenapa? Sebab utama ialah masyarakat di sana cintakan ilmu. Mereka ada budaya membaca. Ini yang belum wujud dalam masyarakat kita. Itulah sebabnya, buku-buku tulisan karyawan tempatan tidak laris walaupun baik mutunya. Bila tidak laris, maka bilangan cetakan pun sedikit. Bila sedikit, wang masuk ke poket penulis pun sedikit. Maka? - penulis di negara kita susah mau kaya. Tapi yakinlah, lambat laun negara kita akan menjadi maju juga, maka kalian orang muda, tingkatkan tahap penulisan. Hari muka adalah hari anda. Pada era itu - PENULIS BOLEH KAYA...

3 comments:

Lt Kdr (M) Musli Bin Jaffar said...

Satu pagi di aidil adha,
Solat sunat kita berjemaah,
Raya korban sudah menjelma,
Bergembira kita bersama...

Di aidil adha kita buat korban,
Ibadat haji di kota makkah,
Selamat hari raya saya ucapkan,
Buat cikgu serta keluarga..

MUFAKIRALAM said...

aku menulis al-kisah bukan kerana kaya dan nama. Usaha sanguru dapat membantu anak-anak muda jadi penulis. Rugilah kalau tak ambil peluang ini berguru dengan sanguru, kan?

BUNG ADI said...

InsyaAllah saya kongsi ilmu setakat yang wajar.