Thursday, December 4, 2008

BAGAIMANA CARI IDEA?

Ada pembaca sms, bertanya: bagaimana cari idea tulis sajak atau cerpen?

Jawapan: penulis adalah insan yang kreatif, yang menggunakan segala pancaindera untuk mengesan sesuatu yang boleh ditulis. Pun demikian, ada kalanya ilham itu tiba-tiba datang ke dalam minda atau terdetik di hati. Misalnya, masa duduk-duduk minum kopi di restoran, anda nampak orang kaya cakap besar dengan peminta sedekah, anda mungkin tergamit untuk "mengulas" kejadian tidak menyenangkan itu. Misalnya, boleh ditulis begini:

"mengapa teralu sukar sekeping syiling kelur dari dompet ringgitan?"
atau "mufliskah seorang hartawan jika mengasihani seorang lelaki tua yang
menadah tangan?..."
atau "mengapa syukur dan tamak tidak dapat bermukim bersama di dalam hati?"

Macam-macam cara dapat dinukilkan idea yang datang. Itulah sebabnya, sesetengah penulis tidak berenggan dengan buku nota dan pen, kerana idea itu boleh datang secara tiba-tiba. Seperti jua jurufoto yang asyik berkepit dengan kamera kesayangannya.

Nah, harap yang bertanya dapat sedikit informasi berguna. Jangan risau, selangkah anda menjadi penulis, sepuluh langkah idea itu akan mendekati sdr!
SELAMAT MENJADI PENULIS. MARUDU BOLEH!!!

No comments: